Tuesday, 20 July 2010

Puisi Kala Cinta & Wahyu Bersatu


Mereka berdua saling mencinta
Tiada terucap terpendam di jiwa
Walau dugaan datang melanda
Hati tetap tabah dan redha

Menghadapi segala rintangan yang menjelma
Kepada Allah diserah segala
Andainya jodoh ketemu jua
Itulah suratan Yang Maha Kuasa

Amelia pula datang bercanda
Mengharap kasih dari jejaka
Semoga hatinya belum berpunya
Apakan daya tiada balasnya

Izzuddin juga mencuba nasibnya
Menggoda Balqis melalui abangnya
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Ada maksud tertentu rupanya

Datang bertandang mencari diri
Dari sahabat amanah diberi
Untuk bertanya rahsia tersembunyi
Adakah sekelumit cinta di hati

Amir menyatakan isi hati
Mencintai Wardah tidak terperi
Sehingga tidak tertanggung merana diri
Mencari penawar pengubat hati

Sebuah cinta yang amat suci
Akhirnya ketemu cinta Ilahi
Dia tertawan budi pekerti
Indahnya tiada cela lagi

Hati berbunga menguntum cinta
Diundang bertandang bertemu keluarga
Sayangnya tiada restu lalu kecewa
Merana diri membawa lara

Ini Merupakan puisi yang ku nukilkan selepas selesai membaca novel Kala Cinta & Wahyu Bersatu.

Novel ini merupakan sebuah hasil karangan oleh Ustaz Ahmad Ubaidillah Bin Alias.

Novel ini merupakan sambungan kepada novel Warkah Cinta Berbau Syurga.

2 comments:

WZWY said...

Salam...

Hebat..Hebat dan puitis puisinya. Boleh hantar ke sayembara. Teruskan berkarya.

Tariq said...

Salam,

Terima kasih di atas pujian yang saudara ucapkan. Segala pujian saya pulangkan kepada Yang Maha Layak Menerima Pujian. Sesungguhnya saya tidak layak untuk menerima pujian. Kerana hanya Dia yang layak menerima pujian

Post a Comment