Sebuah novel yang berbentuk soal jawab berkaitan dengan pengetahuan atau pegangan agama dan aqidah. Cara penyampaian dan penggunaan bahasa yang mudah untuk difahami. Perbincangan dan perbahasan yang berlandaskan dalil-dalil dari Al-Qur’an dan Hadith serta menggunakan analogi akal dan sains. Petikan-petikan untuk perbandingan juga diambil dari Kitab Injil serta Kitab Taurat.
Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Nizam dan seorang gadis bernama Rini yang bertemu di dalam sebuah kereta api menuju ke utara (Pulau Pinang). Cerita ini berkisar di dalam kereta api yang dinaiki oleh mereka semalaman.
Nizam adalah merupakan seorang pelajar di sebuah universiti yang terletak di Shah Alam yang dalam perjalanan untuk pulang bercuti ke kampungnya di Bukit Mertajam. Manakala Rini pula merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur yang menuju ke Butterworth untuk bertemu dengan seorang paderi bernama Josiah.
Di dalam perjalanan, Rini duduk di kerusi yang berhampiran dengan Nizam. Rini seorang gadis yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, kerana dia merasakan bahawa segala permintaannya tidak pernah dimakbulkan. Manakala Nizam pula seorang pemuda yang berketerampilan sebagai mat rock yang telah dikurniakan Ilahi akan kefahaman tentang agama dan cara untuk berhujah berkenaan kepercayaan kepada Tuhan.
Perbahasaan mereka bermula apabila Rini bertanya kepada Nizam adakah dia percaya kepada Tuhan. Pada mulanya Rini bertanya hanya sekadar hendak merendah-rendahkan Nizam apabila di melihat keterampilan Nizam seperti seorang kutu lepak yang selekeh. Tetapi dengan pertolongan Allah yang dengan kedatangan seorang penjual buah, telah memberikan ilham kepada Nizam untuk menjawab pertanyaan demi pertanyaan yang telah diutarakan oleh Rini sehingga Rini mengaguminya.
Syahadah Gadis Ateis merupakan sebuah novel yang menarik dengan pendekatan dan penyampaian yang mempunyai kelainan berbanding dengan novel-novel yang terdapat di pasaran negara kita di kala ini. Semoga lebih banyak lagi novel-novel yang sebegini dapat dilahirkan oleh penulis-penulis di tanah air kita ini. Sebuah novel yang perlu dimiliki oleh pencinta-pencinta novel Islamik.
Jalan ceritanya terlalu biasa dan tiada penyudah yang hebat. Kelemahan penulis antaranya ketika perkenalan di antara dua watak utama, di mana tiada dinyatakan bahawa Nizam ada memperkenalkan namanya kepada Rini. Sedangkan pada muka surat 23 ada dinyatakan Rini memanggil Nizam dengan nama Nizam. Dari manakah Rini mengetahui nama Nizam? Sepatutnya penulis menyatakan terlebih dahulu perkenalan watak pada ketika atau selepas Rini memperkenalkan dirinya di muka surat 6 sebelum terpaculnya perkataan Nizam dari Rini pada muka surat 23.
Walaupun penutupnya tidak mempunyai daya tarikan yang kuat, saya tetap masih dan akan menantikan novel-novel penulisannya yang berikutnya kerana ilmu yang disampaikannya



2 comments:
Salam, Sdr Tariq. Tahniah atas kelahiran blog yang comel. Saya percaya di belakang kemunculan blog ini ialah Cikgu Wan Zayuhisham sebagai creator. Tahniah cikgu, semoga Allah nilai sebagai ibadah.
Insya-Allah, saya akan mengikuti kembara buku saudara seterusnya. Saya jangka, sekurang-kurangnya sebuah buku akan diulas setiap minggu secara konsisten, mudah-mudahan. Moga Allah redha.
Salam,
Terima kasih saya ucapkan buat En. Zakaria kerana sudi memberikan dorongan kepada saya untuk menghasilkan blog ini.
Syukur Alhamdulillah kerana blog ini dapat dilahirkan.
Post a Comment